Friday, May 6, 2011

Variasi


Sedar tak sedar, dah 2 tahun aku di bumi Russia ini..Tempat orang..Banyak pengalaman aku timba hari demi hari, mahu yang manis, mahu yang pahit. Biasa lah. Kalau dah namanya kehidupan itu, kalau tak ade pengalaman yang pahit, maka tak lengkaplah kehidupan itu. Manusia tak pernah lari dari kesilapan.

Kehidupan ini juga, manusia dilahirkan masing-masing berbeza. Berbeza rupa, warna, perangai, sifat.. Bermacam-macam variasi membuat kehidupan lebih mencabar tapi menarik. Jika dunia ini semuanya dilahirkan cantik dan indah belaka, mungkin kita sendiri tak tahu apa itu cantik dan indah kerana semuanya sama indahnya.

Kehidupan ini bukan lama, carilah keindahan dalam kehidupan agar lebih bermakna. Kejarlah apa yang diingini. Masing-masing dilahirkan berbeza. Punya keinginan berbeza. Ada yang ingin mengejar cita-cita, ada yang ingin mengejar harta kekayaan, ada yang ingin mengejar populariti, cinta. Kejarlah..
Tapi, jangan kita lupa dan leka untuk mengejar apa yang kita perlu selepas kehidupan kerana kehidupan ini bukan selamanya.

No comments:

Post a Comment