Monday, November 22, 2010

Selamat malam sayang


Hari ni merupakan hari yang paling bahagia bagi aku. Masa tunggu bas tadi punya la lama. Dah la snow turun dengan belambak.Macam kambing biri-biri jatuh bertebaran di angkasa. Ish tiba tiba rasa pening pulak sebab sekarang dah pukul satu lebih tak tidur lagi. Dah la semalam aku tidur lambat pukul dua lebih. Bangun pulak awal dalam pukul tujuh.

Memang tak cukup masa la tidur. Jadi kepala pon berdenyut denyut mengikut irama.Kelas pendidikan jasmani tadi pon boleh tahan la memenatkan.Dengan kaki kiri yang masih belum pulih seterusnya memang tak selesa.

Cerita kaki kiri sakit ni sebenarnya panjang jugak nak dihuraikan. Macam panjangnya penerangan yang diberikan oleh guru fizik. Panjang , non-stop dan susah nak faham. Tapi takpe aku nak tulis jugak.Sebab aku tahu ramai kat luar sana yang nak tahu.Sebab bukan semua orang ada ID skype aku.Jadi tak boleh nak tahu. Tambah-tambah pulak yang duduk kawasan luar-luar bandar. Berita lambat masuk.Kalau nak keluar pergi bandar pon bas dua kali je sebulan , nak dapat berita surat kabar pon susah. Jadi blog ni je la sumber informasi utama. Terima kasih sekali lagi kepada Telekom.

Dah panjangkan huraian introduction dia? Itu belum masuk lagi tajuk kaki kiri yang sakit.Tapi malas dah rasanya nak tulis. Takpe lah yang duduk pedalaman tadi tu tak payah la tahu. Nantilah kalau rajin aku tulis.Dua tiga hari. Tak hari minggu.Tak minggu bulan. Tak bulan matahari. Eh apsal matahari pulak nih?

Sebenarnya tajuk selamat malam sayang tu aku saja je petik. Tapi kalau search kat youtube mungkin dah ada orang pernah nyanyi pasal tema selamat malam sayang. Aku pon tak pasti.Korang try la search sendiri.Aku bukan Syamim sebenarnya. Aku kawan dia. Aku saja ja tolong dia update blog dia.Sebab dia dah lama pon tak update. Orang kata hidup kena saling tolong menolong. Jadi aku laksanakan lah apa yang aku termampu.

Okaylah pembaca pembaca setia sekalian. Rasanya kalau diorang masak maggi sekalipun dah tak larat nih. Nak kunyah pon tak mampu. Mata pon dah mengantuk sepoi sepoi bahasa. Okay lah selamat malam sayang!

2 comments: