Wednesday, June 23, 2010

Dunia


kenapa aku punya perasaan itu,
kalau perasaan itu hanya menyakitkan?
kenapa tidak dibuang jauh-jauh perasaan itu?
tidak melukakan,
tidak menyedihkan.

bukan aku minta harta dunia,
bukan juga pangkat petualang laksmana,
hanya sedikit rasa gembira,
yang boleh buat aku tersenyum ikhlas,
tanpa perlu aku berpura.

aku juga manusia,
sama seperti kau dan kau diluar sana,
makan, minum, tidur macam biasa,
tiada istimewa aku dari siapa-siapa,
aku sama, tiada bezanya.

tapi kenapa mesti begini?
adakah aku mesti dibenci?
perlukah aku dicaci maki?
tak layakkah aku disayangi?

mungkin aku tak punya harta berjuta,
mungkin aku tak punya pangkat panglima,
mungkin aku tak punya rupa,
tapi aku juga punya rasa,
tiada beza aku dari kau2 semua.

5 comments:

  1. true true. mirip2 my poem, tapi biasalah, rasa yang sama, tiada beza, yang bezanya, cara ia dizahirkan. :)

    ReplyDelete