Thursday, June 24, 2010

bila tiba masa


bila aku sudah tiada nanti,
tidak perlu kamu cari aku,
bukan tidak aku rindu kamu,
bukan tidak aku sayang kamu,
cuma mungkin itu takdir yang satu.

bila aku sudah tiada nanti,
aku mahu kamu ingat aku,
aku mahu kamu selalu sayang aku,
kerana aku selalu cinta kamu.

bila aku sudah tiada nanti,
jangan kamu tangisi,
jangan kamu sedih sebak,
kerana aku sentiasa ada dekat dengan kamu,
dalam ingatan dan hati aku.

bila aku sudah tiada lagi,
maafkan dosa-dosa aku,
maafkan salah silap aku,
maafkan salah laku aku,
kerana aku cuma manusia biasa.

sebelum aku pergi tidak kembali,
sayangilah,
cintailah,
kerana jika aku sudah tiada lagi,
tiada apa yang perlu kita kesali.

3 comments:

  1. Bagaimana mungkin?
    laksana ombak mengganas
    katanya bergema
    seperti asap unggun kemarau
    awan pun sudah tiada
    menampakkan senyum pudar
    pada sang suria

    yang berkelana di ufuk timur
    menangisi keharuman mawar
    yang menjauhkan

    ReplyDelete
  2. just love dis nice poem...
    yup... we wont live 4ever....

    ReplyDelete