Saturday, December 12, 2009

Peti Sejuk



Rumah sape takde peti sejuk angkat tangan. Dah2. Turun tangan. Bukan peti sejuk tu yang aku maksudkan. Bukan jugak peti sejuk jenama BEKO aku yang dah nak jahanam siket hari lagi. Peti sejuk yang aku maksudkan ialah tempat aku bermastautin sekarang, RUSSIA. Sejuk woo.

Semalam aku lewat ke kelas morskaya. Kelas ni memang sume malas nak pergi. Sebab ia memang membOsankan, memenatkan, dan memakan mase sejam gak r perjalanan nak ke kelas 2. Walaupon aku mengantok tahap dewa, aku berjaya lawan setan2 dan iblis2 yang membisik2 ke telinga aku soh aku sambung tido. Aku bangun, mandi, pas2 g klas.

Aku g kelas naek tramp. Tramp yang lembap. Dah la aku da lambat, tramp lak lembap. Bengang aku ngan makcik driver tramp tu. Bole die bantai pakai lipstick dulu tengah2 jalan 2. Macam r aku nak ngorat die.. Tuihhh.

Sampai2, aku berlari2 ke kelas, bukan sebab aku da lambat. Tapi, sebab tak tahan sejuk. Tambah ngan snow yang turun bertepek2 kat muke aku.Sambil aku berlari 2, muncul 1 teori bongok dalam kepaleotak aku, "patut r minah2 salleh Russia ni cun, muke diorang ni macam kene awet dalam peti ais r. Patut r aku kurang hensem duduk Malaysia, kene goreng tengah panas. Kalau aku dari dulu dok Russia ni mesti da jadi model Topman skang".

tibe je aku di kelas, klas da start. kitorang lambat 15 minit gak r. orang russia ni kalau tak datang lagi bagus dari lambat. tapi kalau da tiap2 kali tak datang, 2 memang nak makan penampor. aku pon kuar r pen, buku sume. 20 minit kemudian, die cakap kelas da abis. "EKH", aku wat muke pelik. aku datang jauh2, kelas ciput je.. takpe r. aku pon balik sambung tido. dalam hati, baek aku dengar cakap setan2 tadi soh aku tido.


sungai belakang tu ade kapal selam. btol ni, xtipu.. :)

MAMU yang bosan dalam tramvai.

AKU yang rase comel pakai bean-cap ni.

5 comments:

  1. hahaha. comel pun ada. macam maknyah pon ada. camne nk jadi model topman? :DDD

    ReplyDelete
  2. smayang jumaat?? cite ni hari sabtu laa... *cover

    ReplyDelete
  3. weik..naik bas sudah...laju dan selesa..
    walaupun kengkadang kene berdiri

    ReplyDelete