Wednesday, December 9, 2009

Hari yang PALAT!!!


Hari ni hari Rabu. Aku ade kelas kimia ngan russian. Biasenye setiap kali kelas ade test. Aku pown kelam kabut bangun pagi2. Pukul 10 lagi aku da bangun. Bangun2 aku da ketat. Yela, ape bende x study lagi. Membe2 da merapu2 cakap term2 kimia yang membangangkan. Lantas, aku tarik headphone sambil klik website ERA. Dari aku dengar dorang sembang2 kimia yang wat aku cemas, bek aku dengar Din Beramboi merapu. Die memang lawak gile babi. Datang pulak si teman dengan muke macam x makan seminggu.

Mujus : Lapar giler siot. Masak jom Mim.
Aku : Jom3(Dalam hati, sial!! Aku x study ape lagi ni. Tapi mengenangkan membe lapa, ikutkan aje laa)

Lepas settle masak sume, aku kembali ke meja dengan harapan nak bace la notes2 kimia. Aku bace sekali, xpaham. Bace 2 kali, x paham. Memang dah xde keje r aku nak bace kali 3. Aku tutup laptop sambil menyumpah seranah subjek kimia. Siap2 nak ke kelas. Mandi pon bermasalah. Tengah sedap2 layan air suam2 sejuk, tibe2 je air tu jadi panas gile macam neraka. Menjerit aku dalam hati. Kalau ikutkan hati memang aku da hempok da shower 2. Tapi kalau aku hempok, lepas ni aku nak mandi pakai ape? xkan nak pakai gayong.

Aku da ready r ni nak g klas. Lepas sembur 2-3 kali perfume aku yang xabis2 dari taun lepas, aku pon kuar2 pintu hostel, angin sejuk -6*c baik nyer. Sejuk giler beb. Aku pon jalan laju2 r menuju ke tramvai. Sampai2 je, aku tengok ade tramvai yang boleh bawak aku ke universiti. Sejuk2 pon sanggup aku berlari sambil cover hensem depan awek2 Russian. Sampai2 depan tramvai, bole plak dye tutup pintu. Malu gak r aku. Tunggu je r tramvai seterusnye. Naik beku gak r jari ibu kaki aku tunggu tramvai. Naek2 tramvai, macam bese, konduktor datang kat aku mintak bayar tambang. Dalam dunia ni mane ade bende free beb. Dengan muke kerek aku hulur card holder aku. Dalam 2, ade monthly card untuk naek tramvai. Tengok2, MERAH!! Lampu pengesan kad konduktor tu merah. Die cakap kat aku "карта нет". Maksudnye, takde kard. Aku check2, memang xde. Baru aku ingat, semalam membe aku yang lapa x makan seminggu tadi pinjam kad aku. Die punye da expired la kot. Terpakse aku hulur 18 rubles kat makcik konduktor tu. Aku pon duduk. Sedap btol sebab duduk sebelah heater. Sambil duduk, aku termenung pikir ape tah. Mase depan yang tak berape nak cerah kot. Aku toleh blakang, membe2 aku da turun. WTF!! Aku terlepas stop Universiti aku. Aku turun r next stop. Berlari2 aku.

Kelas kimia. Aku masok dengan tenang. Mase tu Syamil tengah bagi buku yang da siap ditanda lecturer aku. Aku tengok. Bagus. Setel, xde masalah assignment aku. Lecturer aku masok bawak sejempol kertas. Macam pernah nampak. Kertas test lepas rupenye. Dye panggil sorang2:
(Aku translate siap2 r. Ape yang aku paham r. Tah betol ke tak, tak taw la tu)

Irina : Nor Mohamad, apo ekau tak tulis no soklan ni? Mano den nak tau ekau jawab soklan mano? Amek ko, kene repeat nanti.
Mamad : Alamak! Aku da agak da. Aku lupe. Ko r ni mim, x ingatkan aku.
Aku : Aku pown x ingat aku tulis no soalan ke x.
Irina : Siazwan, ekau dapek 5.(5 tu macam A gak r)
Satu kelas : Woooo!!
Hafiz : Eleh, ko pandai teori je, praktikal hancur.(nada jeles)
Irina : Fathi, ekau lak dapek 4+
Aku : Bagus gak la 2.
Irina : Syamim, haa, ekau dapek 3-
Aku : Sial. Aku dapat rendah. Cipet...
Irina : Sumo kene repeat balik kecuali Siazwan, Fathi ngan Syamim.
Aku : Huh?? Den dapek 3 pown tak payah repeat? Baguih ni.

Naseb baek dapat 3,4,5 tak payah repeat. Aku kire cukup2 makan je la ni. Fuhh~

Kelas russian. Arini kami belaja nombor. Wakaka. Macam budak kecik. Tapi tu la yang kami belaja. Lecturer suruh kami translate nombor jadi perkataan. Sorang2 kene. Aku kene yang last. Memang kaw2 kene.

Ekaterina : Syah, 100-22=88. Translate.
Syah : Sto minus blablabla.. (Dengan loghat kelantan agaknye. Kawan aku sorang nie pelat air sket.haha)
Ekaterina : Sape lagi tak kene? Syamim!!. 10845-1999=8846
Syamim : Sial, aku kalau bahase jawa bole r aku translate. Susah ni.

Akhirnye dapat gak aku translate walaupon ade salah sane sini. Melepas r aku pen BIC yang macam Siazwan dapat dari Ekaterina. Bole r, die punye senang. Poodaah!!

Aku sampai2 kat umah. Aku check handphone. Ekh, ade mesej. Ajaib ni? Yela,aku jarang gune tepon kat Russia ni. Nak tepon sape je? Masha, Vadim, Olga? Nak cakap pon tak reti. Aku bace mesej 2:

"U, i tgh makan cheesy wedges. I tolong makan untuk u. Saje je bagitau. hehe. Jangan jeles. :p"
Aku terpinga2 dapat mesej 2. Terbayang cheesy wedges KFC yang bole wat aku tido malam tak lena, mandi tak basah, makan x lalu. Aku pon menaip mesej panjang2 nak reply. Aku tekan butang send. TOOOT. Aku check2 balance ade 0.02rubles. Memang suwey.

3 comments:

  1. haha.. mujuz touching2.. kawan punye pasal, laut china selatan sanggup aku redah naek egypt air.

    ReplyDelete
  2. haha kesian gila kat ko syamim. nasib la ko pass test. haha!

    ReplyDelete